tak senang nak kongsikan semua. tapi previous post merasakan distance. kali ini memang terasa ingin bertanya hati, apa khabar ? memang susah nak berbicara soal hati. hati kata seronoknya balik rumah :) hati kata rumah ada segala-galanya. hati kata semuanya akan pulih . akan pulih sedia kala. emosi dan hati telah menyelubungi hidup selama beberapa minggu ini. apa-apa pun redha dengan ketentuan yang ada.
hati tak mampu lagi berada di maktab buat masa ini. maaf kepada semua. maaf kepada kumpulan pekomperi . tak mampu memberikan komitmen untuk latihan okestra kali ni. terima kasih kpd boss yang memahami. kalau pergi latihan pun hati tiada lagi disitu.tapi insyaAllah janji lepas exam akan hadir sepenuhnya. harus menyelesaikan hati terlebih dahulu. maaf kepada kawan-kawan yang tak balik rumah. maaf sangat2.
bersyukur seadanya. tak semua orang diberikan peluang untuk diuji sebegini. cinta tu datang dan pergi.cinta kepada kepada Allah tu yang hakiki, cinta kepada ibu bapa kita pula tak penah putus rasanya, sahabat pula ? syukur juga dikurniakan sahabat-sahabat yang tetap bersama kita tak kira susah atau senang, mungkin ada yang gelak ketawa. mungkin ada yang nak cakap.
" aku dah kata nad . kau je yang tak percaya" . kalau boleh memang semua kita nak. tapi apakan daya tak semua yang kita angankan dan inginkan tu terjadi. pasti ada hikmah. aku yakin pasti.
beberapa perkara juga terjadi. spek ku patah kali ini. patah bukan kerana kehendak sendiri. cuma entah tiba-tiba patah. mungkin tanda-tanda tak perlu lagi pandang jauh, tak berpeluang seketika untuk pandang jauh-jauh lagi. terlalu pandang jauh jugak akan mengecewakan kita, kita merancang , Allah yang tentukan.
bercakap dengan kucing juga terjadi kali ni. tak sangka dengan kucing pun aku boleh berborak. ntah kenapa seakan-akan kucing tu faham aje ape yang terjadi. baik kucing ke hamster ke ntah kenapa dari dulu tak suka sangat. bukan benci. cuma mungkin dari dulu tiada perasaan kat haiwan agaknya. lagipun kadang-kadang sangat geli. cukuplah kucing baru yang ada kt rumah ni, suka datang mengejut lepas tu geser-geser ekor kat badan , tak ke scary tuh. haha tubuh jadi terkedu jap.
hati ohh hati. bila hati dah sedia. lain pula jadinya. bila hati tertutup, lain pula jadinya. kadang-kdang aku sendiri tertanya-tanya.kelakar pun ada kadang-kadang, tapi kali ini hati dah sedia balik maktab, dah sedia untuk semua :) exam dan dua minggu yang ada ini. ohh semester cepatlah habis. tidak ku sanggup lagi. teruja untuk ke semester kedua, tak sabar rasanya, sebab banyak yang menunggu :)
0 say what?:
Post a Comment