Followers

Wednesday, May 11, 2011

distance


assalamualaikum :)

cukup dengan hari physco sedunia. hari ni pun psycho jugak . tp silent psycho pulak . cukuplah dengan emosi . cukuplah. tak mampu lagi. esok test GERKO. tawakal je la. tp sebelum tawakal tu kene baca jugak sikit sebelum tidur nih.

okay ahad lepas. tadaaa nilah rehlah buat kali ni . walaupun banyak kontroversi seperti kebanyakan ibu - ibu kepada rakan perempuan saya tidak membenarkan untuk bermandian di sungai. termasuklah ibu saya. disebabkan kejadian yang tidak diingini telah berlaku di Ulu Bendol. hmm takziah buat keluarga mangsa. selama 10 minit mak memberi tazkirah tidak membenarkan mandi. namun diri tetap akur. huhu * tp wink dalam beg ada spare baju. haha mana tahu sungai cetek wink wink lagi.

btw thanx kepada yang organize kali ini. bukan senang nak jadi kepala . tp tu la dengan kerjasama semua pihak. terima kasih sekali lg. aktiviti seperti makan-makan , rehlah atau sebagainya mmg mnjadi acara wajib bg kelas kiteorg setelah berakhirnya satu sem. untuk mengreflectkan apa yg telah terjadi satu sem ni. harap ukhwah yang terjalin akan berterusan sehingga 3 tahun setengah lagi. insyaAllah :)

maaf kepada mak kerana tidak akur langsung dengan nasihat beliau. tiba-tiba pagi tersebut setelah mengucapkan selamat hari ibu. mak membuat surprise dengan mengatakan mak akan datang ke sg congkak :| dalam hati? what? mak biar betul nih. what a jokes pagi-pagi pada hari ibu. tp hati bergumbira jugak. siap mintak ehem * sabun serbuk breeeze, nescafe 3 in 1 dan lain lain lagi.kahkahkah lepas je habis sg congkak, mak dengan abah dan juga adik kecil yang akan menduduki trial UPSR pun dtg. terubat kerinduan. siap mak bagi sardin , perencah nasi goreng dan kicap untuk memasak . mmg ada banyak masa lapang nak masak dalam bilik ni kan. tp betul pun kadang-kadang dah jemu makan dkt cafe. lg pun duit pun kering apa salahnya. keluarkan skill skill memasak. huhu

apa-apa pun hari khamis ini akan pergi ke rumah mama untuk memasak + menyambut hari lahir dan juga menjenguk baby mama. * mama merujuk kpd Pn Hanifah. okay harap esok lapang hati untuk menjawab GERKO dan hati tidak sabar menggoncangkan angklung :) harap dengan semua ini dapat mengubati hati dan emosi yang duka lara.

terima dengan semua yang terjadi sebab hidup tak selalu indah bagi saya. terima dengan seadanya. tatkala semua yang telah terjadi , mengalir air mata. air mata syukur . air mata redha. la tahzan nadia . semoga hati tidak mati lagi. semoga hati terbuka lagi. semoga hati ada lagi cahaya. semoga hati baik -baik seadanya. hati jangan begini lagi. bangun dengan kembali. senyuman sila terukir dengan ikhlas sekali lagi.

doakan saya semua :) tq

okay ni ayam-ayam yang sungguh lazat setelah diperam. sangat lazat sehingga tak tahu berapa kali ulang.




time nak balik.


ade berapa gambar tah macam ni lagi

till then korang :) syg adik beradik lima tahun setengah saya :)

0 say what?: